Wednesday, February 12, 2014

Latihan olahraga dan ping pong

Pada hari Rabu 12 Februari 2014 di waktu kokurikulum, seramai 22 orang murid olahraga dan 4 orang murid ping pong menjalani latihan untuk kejohanan peringkat daerah Sepang yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Murid - murid ini hanya berlatih pada waktu kokurikulum sahaja dan bukan pada setiap hari persekolahan. Ini adalah kerana pihak sekolah tidak mahu murid - murid ini ketinggalan di dalam pelajaran mereka. Walaupun murid- murid ini bersukan untuk kecergasan tetapi pelajaran jangan ditinggalkan. Marilah kita sama - sama berdoa supaya mereka ini mendapat kejayaan demi mengharumkan nama sekolah kita. 

Thursday, February 6, 2014

Blog Sekolah Bertukar Alamat


Mulai 7 Februari 2014 (Jumaat), alamat blog ini telah bertukar ke skdesapinggiranputra.blogspot.com.  Sila klik di sini untuk terus ke alamat web tersebut.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih.

Majlis Ramah Mesra Dan Bacaan Yassin

Pada hari Sabtu ini iaitu 8 Februari 2014 SK Desa Pinggiran Putra akan mengadakan satu Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yassin pihak sekolah dan ibubapa. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga sekolah dengan ibubapa serta komuniti setempat. Majlis akan berlangsung pada pukul 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua ibubapa dan penduduk setempat dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Semoga majlis yang julung kali diadakan ini akan  mendapat keberkatan dari Allah SWT. In Shaa Allah...

Wednesday, February 5, 2014

Pelaksanaan Kokurikulum SKDPP

22 Jan 2014 - Mesyuarat Agung Unit Uniform, Persatuan, Kelab dan Permainan



29 Jan 2014 - Pelaksanaan Persatuan, Sukan dan Permainan, 1M1S


                                      05 Feb 2014- Pelaksanaan Unit Beruniform dan 1M1S





06 Jan -08 Jan 2014 = Program Maju Diri dan Orientasi Murid-murid SKDPP










Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Pada hari Isnin lalu, sekolah telahpun menerima secara rasmi kod sekolah iaitu BBA9229.  Pada hari ini pembukaan akaun APDM juga telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Terima kasih kepada En. Azlin Sanip, En. Ahmad Faris Johan dan Pn. Masitah Abd Moksin yang bertindak pantas
membantu sekolah.
Klik pada gambar untuk ke aplikasi APDM

Lawatan Pegawai PPD Sepang

Hari ini tiga pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang melawat untuk meninjau perkembangan sekolah terutamanya Pusat Sumber.  Mereka ialah Pn. Siti Aishah Aziz, Pn. Nor Jehan Ab Mutalip dan En. Ahmad Rahimi Mohamed.  Mereka telah berbincang dengan Guru Pusat Sumber Sekolah Pn. Suhaizan Che Osman.  Satu usaha kerjasama antara pihak PPD yang dibantu dengan pakar guru PSS sekolah lain akan membantu Pn. Suhaizan memulakan langkah membina PSS SK Desa Pinggiran Putra.
PSS yang masih kosong dan saujana mata memandang

En. Rahimi, Pn. Aishah, Pn. Jehan dan Pn. Suhaizan

Usahasama seumpama ini amat dialu-alukan terutamanya bagi sekolah baru seperti sekolah kita.  Semoga inisiatif ini menjadi titik mula kepada bidang-bidang lain di PPD untuk menghuurkan bantuan kepakaran kepada SK Desa Pinggiran Putra yang belumpun mula bertatih.

Bilik Tayang